Bekas pemain tengah Bayern Munich, Andreas Herzog, menggesa penyandang juara Bundesliga itu mendapatkan khidmat bintang Borussia Dortmund, Ousmane Dembele.
Pemain antarabangsa Perancis itu menyertai Dortmund dari Rennes pada awal musim 2016-17 dan sejak itu telah menjadi antara pemain tonggak di Signal Iduna Park.
Dembele telah menyumbang enam gol dan 11 bantuan jaringan dalam Bundesliga musim ini, dan terbaru, dia meledak gol kemenangan dalam aksi separuh akhir DFB-Pokal mengatasi Bayern Munich 3-2.
Aksi mantap pemain berusia 19 tahun itu semakin menarik perhatian kelab gergasi Eropah lain, namun Herzog berasakan Bayern adalah destinasi paling sesuai.
"Bayern perlu mendapatkan khidmat Dembele hujung musim ini," Herzog memberitahu Bwin.
"Walaupun ia akan menyebabkan Dortmund berasa marah sekali lagi.
"Dembele berada dalam kelasnya yang tersendiri jika dibandingkan dengan pemain sayap muda lain di Jerman."
Herzog juga percaya Kylian Mbappe turut akan menambah kualiti di jentera serangan -- walaupun berpendapat yuran perpindahan pemain itu mungkin tidak mampu ditanggung Bayern.
"Mbappe mungkin sasaran ideal tetapi Bayern hampir pasti tidak akan membelanjakan GBP109 juta (RM610 juta).
"Mungkin mereka boleh lakukan segala yang terdaya untuk memancing Alexis Sanchez," tambahnya.