Paris Saint-Germain (PSG) melengkapkan perpindahan percuma Ander Herrera selepas pemain itu meninggalkan Manchester United.
Herrera, 29, menamatkan kontraknya di Old Trafford dan menandatangani perjanjian lima tahun di Paris.
United bergelut untuk mencabar kejuaraan utama ketika Herrera mewakili pasukan itu dan dia menjelaskan rekod kejayaan PSG dalam memenangi kejohanan utama menjadi penyebab dia menyertai mereka.
"Paris Saint-Germain merupakan pasukan terhebat di Perancis," katanya dalam laman web pasukan.
"Mereka sentiasa berkembang dan bersaing untuk memenangi setiap gelaran yang ditawarkan.
"Saya tidak sabar untuk ke Paris dan menyarung seragam mereka.
"Saya berharap dapat terus mencipta sejarah bersama pasukan ini.
"Menyertai pasukan ini memberikan perasaan yang amat luar biasa.
"Saya sukakan bandar itu.
"Paris merupakan bandar tercantik di dunia.
"Saya menjanjikan tiga perkara: bekerja, profesional dan bersemangat.
"Saya juga berjanji untuk memperbaiki bahasa Perancis saya kerana saya fikir ia amat penting untuk berkomunikasi dalam pasukan," katanya.
United berkeinginan untuk mengekalkan khidmat Herrera selepas dia menyertai pasukan itu daripada Athletic Bilbao pada 2014.
Bagaimanapun, The Red Devils dilaporkan tidak dapat menampung permintaan gajinya dan ia membenarkan PSG untuk mendapatkan Herrera selepas pemain itu meninggalkan Old Trafford.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu amat diperlukan PSG bagi menampung kekurangan pemain tengah seperti yang berlaku musim lalu.
Selepas pemergian Lassana Diarra dan Adrien Rabiot, dia akan menjadi pemain tengah senior ketiga PSG di samping Marco Verratti dan Leandro Paredes, yang turut dikaitkan dengan perpindahan.
Herrera merupakan pembelian kedua PSG selepas rakan senegaranya, Pablo Sarabia, tiba di Parc des Princes dengan perpindahan dilaporkan bernilai €20 juta (RM93.2 juta) daripada Sevilla.