Lucas Hernandez mahu melihat bekas rakan sepasukan Atletico Madrid, Antoine Griezmann, menyertainya di Bayern Munich, di mana pemain itu mampu menjadi pemain terbaik dunia.
Griezmann bakal mengikut jejak langkah Hernandez meninggalkan Wanda Metropolitano, dengan Barcelona dilihat sebagai destinasi penyerang Perancis itu.
Bagaimanapun, mereka masih lagi belum mencapai kata putus dan Lucas berminat untuk digandingkan semula dengan Griezmann dan mempercayai gaya permainan Bayern sesuai dengannya.
"Griezmann seorang pemain berkualiti dan banyak kelab mahukan khidmatnya," kata Lucas.
"Sememangnya bergandingan dengan pemain seperti dirinya adalah sesuatu yang bagus, namun saya tidak pasti jika kelab berminat dengannya.
"Saya juga tidak tahu sama ada Barcelona adalah pilihan yang tepat tetapi jika terdapat peluang buat Griezmann ke Jerman, dia mampu menjadi pemain terbaik dunia."
Lucas, yang diperkenalkan sebagai pemain Bayern, berkata lagi, "Bayern merupakan salah satu kelab terbesar dunia.
"Mereka bersaing merebut takhta liga setiap musim dan sentiasa beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL)," katanya lagi.
Pemenang Piala Dunia itu bakal menyarung jersi nombor 21 yang pernah disarung oleh Philipp Lahm dan bagi Hernandez, ia adalah satu tanggungjawab besar yang harus dipikul.
"Ia merupakan jersi yang bersejarah. Ia merupakan nombor Lahm dan dia seorang pemain berpengaruh kelab ini.
"Ia adalah satu kebanggaan dan saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk kelab ini."