Skip to main content

Bola Sepak

Henry tidak akan bimbing Bordeaux

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

henry-cropped_8c3npuvytyse1rz11tdehl6nc.jpg
Legenda Perancis, Thierry Henry, tidak akan memegang jawatan pengurus baru Bordeaux selepas disahkan oleh presiden kelab.

Henry muncul calon utama untuk mengambil-alih kerusi panas kelab Ligue 1 itu selepas Gustavo Poyet direhatkan.

Poyet meninggalkan Bordeaux selepas mendakwa langkah pasukan menjual Gaetan Laborde kepada Montpellier sebagai sesuatu yang memalukan.

Henry, yang merupakan sebahagian daripada barisan kejurulatihan Belgium ketika saingan Piala Dunia 2018, telah melepaskan jawatan sebagai pengulas televisyen untuk memberikan fokus kepada karier pengurusan.

Arsene Wenger, individu yang membimbing Henry untuk muncul penjaring terbanyak Arsenal, sebelum ini mendedahkan bahawa bekas penggempur Perancis itu mahu mengendalikan Bordeaux.

Namun, presiden kelab, Stephane Martin, mengesahkan Henry tidak akan mengurus Bordeaux.

"Ya, kami boleh mengesahkan bahawa sebarang perbincangan telah tamat," kata Martin.

Menurut laporan di Perancis, permintaan gaji menjadi faktor Bordeaux tidak mahu menjadikan individu berusia 41 tahun itu sebagai pengurus pasukan.

Henry turut dikaitkan dengan jawatan panas dalam Liga Kejuaraan dengan Aston Villa bagi menghadapi saingan musim 2018/19 sebelum pemilik kelab membuat keputusan untuk mengekalkan Steve Bruce.

Advertisement

Must Watch Video