Bekas pemain Arsenal dan Perancis, Thierry Henry, mengkritik cara pengendali Manchester United, Jose Mourinho, menggunakan Paul Pogba dalam musim pertamanya di Old Trafford.
Pogba kembali ke United dari Juventus dengan yuran rekod dunia bernilai GBP89 juta, namun menerima pelbagai kritikan apabila sekadar menjaringkan lapan gol daripada 50 penampilan dalam semua kejohanan.
Henry percaya keputusan Mourinho meletakkan Pogba yang terlalu ke bawah menyebabkan pemain berusia 24 tahun itu kurang menyinar.
"Ia sering menjadi sukar buat Paul Pogba," kata Henry.
"Mereka tidak menggunakan Pogba di posisi yang sepatutnya dia bermain, dia bukan pemain tengah bertahan," jelasnya.
"Saya yakin musim keduanya akan menjadi lebih baik," tambah Henry.
Pogba menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir liga ketika menentang Crystal Palace, aksi pertamanya selepas berita kematian ayahnya minggu lalu.