Jordan Henderson akan memberikan komitmen jangka panjang kepada Liverpool selepas menandatangani kontrak baru bersama kelab itu.
Pemain tengah itu menyertai Liverpool daripada Sunderland pada 2011 dan kini menjadi salah seorang tonggak dalam skuad kendalian Jurgen Klopp.
Henderson dilantik sebagai penolong kapten pada September 2014, mengharungi kecederaan yang merencatkan penglibatannya pada musim 2015-16 dan kini merupakan tonggak utama pasukan.
Berikutan penghijrahan Steven Gerrard ke LA Galaxy pada 2015, Henderson telah diberikan tanggungjawab untuk mengetuai The Reds, mengambil alih tugas legenda kelab itu.
"Rasa seperti semalam saya menandatangani kontrak pertama bersama Liverpool. Banyak perkara yang telah diharungi sejak itu.
"Saya dapat berasakan peningkatan dalam persembahan permainan buat saya sepanjang bersama Liverpool dan saya menikmati setiap saat bersama kelab ini.
"Saya berasakan tiada kelab lain yang mampu menggantikan perasaan beraksi di Anfield. Saya mahu kekal di sini untuk jangka panjang," ujarnya.
Henderson, yang telah tampil beraksi sebanyak 283 kali dalam semua kejohanan buat The Reds, berharap dapat menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama.