Skip to main content

Bola Sepak

Hector Bidoglio bakal kembali kendali JDT?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hector.jpg
Hector Bidoglio kini dikaitkan bakal kembali memimpin skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan kelab tidak lagi bergandingan bersama Esteban Solari.

Berikutan pengumuman kelab dalam usaha untuk memastikan kelab terus kekal kukuh bagi kelangsungan jangka panjang, nama Solari menjadi individu pertama bakal menuju jalan keluar meninggalkan Harimau Selatan itu.

Turut mengikuti Solari adalah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero daripada staf kejurulatihan.

Berdasarkan maklumat yang baru diperoleh, nama bekas pengendali JDT, Hector, kini dikhabarkan bakal kembali bersama Harimau Selatan itu bagi menghadapi musim hadapan.
 

Undi Best of 2023 di sini! #Bestof2023

Advertisement

Must Watch Video