Eden Hazard dan Real Madrid merupakan pasangan sempurna, kata ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez.
Hazard menyertai Madrid daripada pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea, dengan perjanjian selama lima tahun dan yuran perpindahan yang dilaporkan bernilai €140 juta (RM582.8 juta) minggu lalu.
Bintang Belgium itu akan mengetuai pembaharuan yang akan dilakukan Zinedine Zidane ketika gergasi LaLiga itu menyasarkan kebangkitan selepas menamatkan musim 2018-19 di tempat ketiga.
Martinez percaya Hazard dan Madrid akan melengkapi satu sama lain ketika Belgium sedang bersedia untuk menghadapi Scotland dalam pusingan kelayakan Euro 2020, awal pagi esok.
"Buat Real Madrid, mereka akan memiliki pemain yang menjadi fenomena dan buat Eden, ia akan mendatangkan pelbagai pengalaman baru dalam kariernya.
"Dia sentiasa katakan yang dia berasa seperti di rumah sewaktu bersama Chelsea di London, jadi ia mungkin satu-satunya tempat yang dia akan pergi dan tempat yang dia sentiasa impikan untuk pergi.
"Saya berasakan ia pasangan yang sempurna.
"Segala-galanya berlaku dengan pernuh rasa hormat daripada setiap pihak dan saya berasakan ia perkara yang sepatutnya berlaku.
"Sekarang kita akan menantikan bagaimana permulaan perjalanan barunya di Real Madrid," katanya.
Hazard -- yang membantu Chelsea menjulang kejuaraan Liga Europa musim ini -- merupakan pemain keempat yang dibawa masuk Zidane menjelang musim depan.
Pemain berusia 28 tahun itu tiba selepas Eder Militao, Luka Jovic dan Rodrygo Goes menyertai kelab yang berpangkalan di ibu kota Sepanyol itu.
Madrid turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan pertahanan sayap Lyon, Ferland Mendy, Paul Pogba (Manchester United) dan Neymar (Paris Saint-Germain).