Skip to main content

Bola Sepak

Hazard tidak akan tinggalkan Chelsea -- Sarri

eden-hazard_.jpg
Maurizio Sarri berkata Eden Hazard tidak akan ke mana-mana dan bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama Liga Perdana Inggeris (EPL) buat Chelsea.

Hazard terus dikaitkan dengan laporan bakal meninggalkan Stamford Bridge, dengan Real Madrid yang masih belum mendapatkan pengganti Cristiano Ronaldo.

Tetapi pemain sayap itu menjelaskan bahawa dia gembira untuk kekal bersama Chelsea dan Sarri turut memberitahu pemain kebangsaan Belgium itu tidak akan dijual.

Hazard turun sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan awal Chelsea dalam saingan EPL, menyaksikan The Blues mengutip mata penuh.

Pemain berusia 27 tahun itu dijangka turun beraksi dalam kesebelasan utama berdepan Newcastle United esok walaupun masih belum berada di tahap kecergasan untuk menyempurnakan tempoh 90 minit permainan.

"Saya tidak tahu. Saya berasakan Hazard akan beraksi untuk 50-60 minit perlawanan tetapi bukan hingga 90 minit," kata Sarri.

"Saya sangat gembira dengan komitmen yang dipamerkan oleh Hazard dan dia menunjukkan kemahuannya untuk bermain. 

"Perkara paling penting buat Chelsea adalah tidak menjualnya kerana sukar untuk mendapatkan pemain yang berada di tahap yang sama seperti Hazard," ujarnya.
 

Advertisement

Must Watch Video