Skip to main content

Bola Sepak

Hazard masih belum mahu putus asa di Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

edenhazard.jpg
Eden Hazard menegaskan bahawa dia masih belum terikir untuk meninggalkan Real Madrid walaupun gagal memenuhi jangkaan yang diharapkan daripadanya sejak menyertai pasukan itu daripada Chelsea.

Hazard menandatangani kontrak lima tahun bersama Madrid pada 2019 selepas tujuh tahun penuh gemilang di Stamford Bridge.

Bagaimanapun, faktor kecederaan telah mengganggu perkembangan bintang Belgium itu di Sepanyol, di mana dia hanya memulakan 21 perlawanan LaLiga sepanjang dua musim ini.

Hazard hanya tersenarai sebanyak 11 kali sebagai kesebelasan utama dalam kesemua kejohanan musim ini dan menghasilkan empat gol dan dua bantuan jaringan tetapi gurauannya bersama bekas rakan sepasukannya di Chelsea setelah kekalahan Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) telah menimbulkan kemarahan peminat dan media di ibu kota sepanyol berkenaan.

Madrid dilaporkan mahu mengurangkan kerugian yang ditampung mereka dan bersedia untuk melepaskan Hazard sebelum musim depan tetapi pemain berusia 30 tahun berkenaan masih mahu meneruskan cabarannya di Santiago Bernabeu.
 
"Saya masih ada baki kontrak tiga tahun dengan Real Madrid. Saya suka kelab ini. Saya suka pemainnya. Saya akan memberikan segala-galanya buat kelab ini musim depan. Saya tidak nampak diri saya akan menginggalkan Madrid ketika ini.

"Kita semua tahu dua tahun pertama ini amat buruk disebabkan kecederaan saya. Saya sedar diri saya dan tahu jika saya benar-benar cergas, saya dapat melakukan sesuatu yang hebat buat kelab ini.

"Buat masa ini, saya mahu memikirkan mengenai Euro dan kemudian memberikan segala-galanya buat kelab ini musim depan.

"Saya masih ada tahun-tahun yang hebat menanti saya seepas ini. Saya pernah cedera di Chelsea dan kembali dengan tahap terbaik. Saya hanya memerlukan rentak permainan. Saya tidak dapat banyak minit permainan setakat ini," kataya.
 

Advertisement

Must Watch Video