Cesc Fabregas yakin Eden Hazard mampu memenangi semua gelaran bersama Real Madrid selepas perpindahannya meninggalkan Chelsea bakal disempurnakan.
Pemain kebangsaan Belgium itu merupakan salah seorang bintang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak berhijrah ke Stamford Bridge tujuh tahun lalu dan telah memberikan bayangan jelas bahawa dia sudah mengucapkan selamat tinggal kepada kelab itu selepas aksi final Liga Europa (UEL) kelmarin.
Pemain tengah Monaco, Fabregas, yang memenangi dua gelaran EPL bersama Hazard, berasakan pemain itu mampu bersaing merebut gelaran individu serta berpasukan jika meninggalkan kelab London itu.
"Ia merupakan situasi yang sukar dan pandangan yang sukar untuk saya," kata Fabregas.
"Dia telah bersama Chelsea tetapi saya berasakan sudah tiba masa Hazard mencari cabaran baru.
"Saya mengetahui dia tidak pernah berfikir tentang Ballon d'Or tetapi ia merupakan gelaran yang mahu dimenangi oleh setiap pemain. Saya mengetahui kebolehannya dan dia mampu mengecapi kejayaan itu. Saya mengenali keupayaannya kerana saya telah bermain bersama yang terbaik.
"Bersama Chelsea, dia tidak mampu melakukannya. Bukan kerana Chelsea tidak cukup bagus tetapi terdapat kelab yang memiliki imej lebih besar. Saya berasakan bersama Real Madrid, dia mampu menang segalanya.
"Hazard sudahpun berusia 28 tahun, ini merupakan peluang terakhirnya. Pilihan seterusnya adalah kekal bersama Chelsea tetapi ia harus datang daripada hatinya. Saya percaya dia mahu yang terbaik untuk masa depan pasukan."