Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Hazard mampu ketuai era baru Real Madrid, kata Ramos

hazard-cropped_12d0rouf8jan31bjlvupgom0ei.jpg
Sergio Ramos berkata kehadiran Eden Hazard di Real Madrid mampu mengemudi era baru kelab itu sambil menegaskan spekulasi yang melanda masa depannya baru-baru ini tidak memberi kesan kepada semangatnya.

Hazard melengkapkan perpindahan daripada Chelsea, Jumaat lalu, menerusi yuran berjumlah EUR140 juta (RM658 juta) dan Ramos menegaskan dia berasa pemain Belgium itu mampu membantu Madrid mencabar LaLiga musim depan.

Skuad kendalian Zinedine Zidane itu tewas tiga daripada empat aksi terakhir LaLiga musim 2018-19 dan menduduki tangga ketiga, 19 mata di belakang juara, Barcelona, tetapi peminat Madrid berharap ketibaan pemain utama, Hazard, mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo yang meninggalkan Santiago Bernabeu.

Ramos mendedahkan rasa puasnya dengan ketibaan pemain berusia 28 tahun itu dengan memberitahu wartawan: "Saya gembira. Saya rasa ia satu perpindahan hebat. Dia salah seorang pemain terbaik dunia.

"Bagus untuk membina semula pasukan dengan jenis pemain yang dapat mencetuskan era baru."

Ramos menjelaskan keputusannya untuk tampil dalam sidang media di mana dia mengumumkan mahu kekal di Madrid sehingga bersara dengan berkata dia mahu menamatkan laporan mengaitkannya dengan perpindahan ke Liga Super China.

Pemain berusia 33 tahun itu kini sedang dalam tugasan antarabangsa dan menjaringkan gol sewaktu Sepanyol menewaskan Kepulauan Faroe 4-1 bagi saingan kelayakan Euro 2020, Jumaat lalu.

Menjelang pertemuan dengan Sweden awal pagi esok, Ramos menafikan pendapat bahawa aksi bersama Sepanyol adalah penawar susulan musim mengecewakan di Madrid, dengan berkata: "Saya terpaksa tampil ke sidang media kerana fikir ia terbaik untuk semua. Apa yang penting adalah teruskan cabaran dan tamatkan semua spekulasi.

"Saya gembira di sini. Saya gembira di Madrid dan tugasan antarabangsa bukan satu jenis bantuan.

"Ia sesuatu yang anda banggakan. Saya sangat gembira dengan kedua-duanya.

"Setiap kali beraksi, saya melaluinya seperti perlawanan terakhir."

Advertisement

Must Watch Video