Pemain Belgium, Eden Hazard, berharap dapat memanfaatkan ketiadaan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk menjadi bintang Piala Dunia Russia.
Argentina tewas 3-4 kepada Perancis dalam aksi pertama pusingan 16 manakala Portugal menyusuli mereka apabila dikalahkan 2-1 oleh Uruguay pada hari yang sama.
Ketiadaan kedua-dua pemain tersebut, yang memonopoli Anugerah Ballon d'Or dan menguasai tajuk utama di peringkat kelab dan antarabangsa selama lebih sedekad, telah meninggalkan ruang untuk pesaing-pesaing mereka mencuri perhatian di Russia, dengan pemain seperti Neymar dan Kylian Mbappe dilihat antara yang berpotensi.
Bercakap menjelang pertemuan dengan Jepun di Rostov-on-Don awal pagi esok, Hazard mengalu-alukan cadangan yang boleh menjadi detik buatnya mencipta impak di pentas besar.
"Harap-harap begitulah. Mereka (Messi dan Ronaldo) tidak lagi bersaing dalam Piala Dunia, jadi sudah waktunya saya menyinar," katanya.
"Ya, saya hanya memikirkan untuk layak ke suku akhir, separuh akhir dan mungkin final.
"Kami bermain untuk Belgium, kami memiliki ramai pemain yang bagus tetapi sudah tentu saya mahu pergi ke final.
"Messi dan Ronaldo sudah tersingkir, namun masih ramai pemain yang hebat dalam Piala Dunia.
"Terpulang kepada kami. Kami perlu bekerjasama, memberikan segala-galanya dan lihat apa yang berlaku," tambahnya.
Bintang Chelsea itu juga menolak cadangan bahawa pemain Belgium sudah menumpukan perhatian terhadap pertemuan dengan Brazil di peringkat suku akhir.
"Kami akan menghadapi Jepun, kami belum pasti layak dan kami tidak pasti sama ada Brazil akan turut layak," katanya.
"Kami tidak memikirkan aksi melawan Brazil, kami memikirkan persembahan menentang Jepun, kami hanya menumpukan satu persatu perlawanan."
Hazard mengintai suku akhir ketiganya dalam kejohanan utama bersama Belgium selepas terkandas dalam suku akhir Piala Dunia di Brazil pada 2014 dan kepada Wales dalam Euro 2016.
Sehubungan itu, dia yakin bahawa kekalahan perit lalu akan menjadi bekalan pasukannya untuk menghadapi tekanan.
"Pastinya saya lebih bagus berbanding dua tahun lalu, empat tahun lalu," katanya.
"Saya juga mempunyai pengalaman yang lebih luas. Di Brazil, ia adalah kejohanan utama kami yang pertama, kami semua bersatu padu. Perlawanan kalah mati mempunyai banyak kaitan dengan pengalaman.
"Kini, saya fikir kebanyakan daripada kami berusia dalam lingkungan 25 dan 30, 33 tahun. Kami mempunyai tahap kematangan yang sama dan saya fikir faktor ini akan membuat perbezaan di peringkat kalah mati.
"Kami tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh. Kami lebih baik daripada dua tahun lalu, malah berdepan masalah kecederaan. Jepun sangat berbeza dengan Wales.
"Kami akan melakukannya dengan serius dan paling penting, memenangi perlawanan dan mara ke suku akhir," katanya lagi.