Bintang Real Madrid, Eden Hazard, berasa lega sebaik membuka akaun jaringannya bersama pasukan gergasi LaLiga itu selepas menewaskan Salzburg 1-0 dalam aksi persahabatan di gelanggang lawan, awal pagi tadi.
Hazard menjadi pemisah dalam perlawanan itu, di mana dia menjaringkan gol pertamanya bersama Madrid dengan jaringan yang memukau.
Selepas tiba daripada Chelsea dengan yuran perpindahan yang dilaporkan mencecah €140 juta (RM659.9 juta), dia melakukan sepakan lencong yang menewaskan penjaga gol lawan, Cican Stankovic.
"Apabila anda turun ke padang, anda mahu memenangi perlawanan dan sebagai seorang penyerang, anda mahu menjaringkan gol," katanya yang turut diturunkan dalam aksi pramusim menentang Bayern Munich, Arsenal, Atletico Madrid, Tottenham Hotspur dan Fenerbahce sebelum ini.
"Saya menantikan momen ini sejak lima perlawanan lalu dan ia berlaku pada hari ini. Saya amat lega.
"Ia masih aksi pramusim, namun saya fikir kami semakin bersemangat.
"Kami masih mempunyai 10 hari sebelum aksi kompetitif pertama, jadi kami perlu fokus dan berusaha keras.
"Sasaran kami adalah untuk bersedia menghadapi minggu depan.
"Kami tidak sabar untuk memulakan LaLiga, jadi kami perlu berlatih dan berusaha keras," katanya.
Perpindahan Hazard merupakan tumpuan utama buat Madrid, yang sedang merombak pasukan dengan kemasukan pemain seperti Luka Jovic, Eder Militao, Rodrygo Goes dan Ferland Mendy.
Pertahanan kebangsaan Brazil, Eder, yang tiba daripada Porto, melakukan penampilan pertamanya bersama Madrid ketika menentang Salzburg.
Pemain berusia 21 tahun itu membarisi rangkaian tiga pertahanan yang turut menampilkan kapten, Sergio Ramos, dan Raphael Varane, sebelum dikeluarkan pada waktu rehat.
"Ia perasaan yang istimewa untuk melakukan penampilan pertama saya bersama kelab terbaik di dunia ini.
"Saya amat gembira, namun masih banyak yang perlu dipelajari.
"Beraksi untuk Real Madrid merupakan impian saya sejak kecil.
"Syukur kepada tuhan, saya berpeluang untuk berada di sini dan amat gembira dengan peluang yang diberikan.
"Saya harap saya akan memperoleh karier yang hebat sepanjang menyarung jersi ini.
"Ia perasaan yang amat hebat untuk beraksi di samping pertahanan terbaik dunia.
"Saya harap saya dapat membantu pasukan ini kerana terdapat pemain yang hebat di sini.
"Saya melakukan apa yang diarahkan jurulatih dan saya harap ia akan kekal lama," katanya.
Madrid akan bertemu AS Roma dalam perlawanan persahabatan hujung minggu ini sebelum memulakan kempen LaLiga dengan menentang Celta Vigo, 17 Ogos ini.