Eden Hazard mungkin mahu menyertai Real Madrid tetapi bintang Belgium itu tidak akan memaksa perpindahan itu dilakukan, kata rakan sepasukannya di Chelsea, Alvaro Morata.
Hazard tidak menyembunyikan keinginannya untuk beraksi bersama kelab gergasi LaLiga itu dan selepas mencatat kemenangan ke atas Southampton, Sabtu lalu, dia berkata: "Ia merupakan impian saya sejak kecil."
Penggempur itu mempamerkan prestasi cemerlang musim ini -- mendahului senarai penjaring terbanyak dengan tujuh gol -- dan dia mendedahkan mungkin akan berpindah.
Tatkala kontrak Hazard bakal tamat di penghujung musim 2019/20, Chelsea perlu mengeluarkan wang untuk aset bernilai itu atau berdepan risiko kehilangannya tanpa mendapat sebarang pulangan.
Rakan sepasukan Hazard dalam skuad Belgium, Thibaut Courtois, menyertai Los Blancos melalui potongan harga ketika jendela perpindahan sebelum ini selepas memasuki tahun akhir kontraknya di Stamford Bridge.
Bagaimanapun, Morata yakin Hazard gembira untuk kekal di London berbanding memaksa kelab itu melepaskannya.
"Kami berbincang dan dia tidak mahu meninggalkan Chelsea, cuma jika Madrid cuba mendapatkannya, tidak akan ada sebarang halangan," kata Morata.
"Hazard memiliki hubungan yang baik dengan kelab, dia gembira di London dan ia berbeza dengan pemain yang ingin meninggalkan kelab pada apa saja nilai.
"Jika ia memberi kebaikan kepada Chelsea, mereka akan sentiasa mengingatinya."