REAL MADRID 3 ATLETICO MADRID 0
Hatrik Cristiano Ronaldo meletakkan Real Madrid dalam kedudukan selesa untuk melangkah ke final Liga Juara-Juara selepas membenam Atletico Madrid 3-0 dalam pertemuan pertama separuh akhir di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Ronaldo menanduk masuk gol pembukaan ketika permainan berusia 10 minit dan melepaskan rembatan kencang untuk mencetak gol kedua pada minit ke-73 sebelum menyempurnakan hatriknya empat minit sebelum tamat permainan untuk Madrid mengorak langkah kanan menuju ke perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Stadium Millennium, Cardiff.
Pemenang Anugerah Ballon d'Or sebanyak empat kali itu mengulangi prestasi ketika menyingkirkan Bayern Munich dalam pusingan sebelum ini untuk merakamkan hatrik ketujuhnya dalam kejohanan itu untuk memberikan Madrid kelebihan meyakinkan menjelang aksi timbal balik di Vicente Calderon, minggu depan.
Sehubungan itu, jurulatihnya, Zinedine Zidane, pantas memuji sumbangan anak buahnya itu.
"Cristiano adalah penjaring gol. Dia unik," katanya.
"Semua pemain beraksi cemerlang. Begitu juga pemain gantian yang menampilkan permainan yang hebat.
"Kami tahu apa yang kami perlu lakukan dari awal dan kami beraksi seperti yang kami mahu."
Zidane turut menghamburkan pujian terhadap pemain perancang, Isco -- pemain antarabangsa Sepanyol itu melanjutkan aksi bertenaganya dalam LaLiga baru-baru ini ketika menewaskan Sporting Gijon dan Deportivo La Coruna dengan meneruskannya ke pentas lebih besar tatkala Zidane terpaksa merombak jentera serangannya susulan kecederaan yang membelenggu Gareth Bale.
"Isco memainkan peranan nombor 10 dan ia adalah hebat. Kemudian kami melebarkan corak permainan menerusi (Lucas) Vazquez dan (Marco) Asensio apabila dimasukkan," kata Zidane lagi yang mengelak untuk berasakan kemaraan mereka sudah terjamin.
"Daripada satu segi, pertahanan kami juga cemerlang. Saya sangat gembira dengan tugas semua pemain.
"Apabila anda melihat aksi permainan dan jaringan, ini bermakna kami memperagakan permainan yang hebat. Kami masih mempunyai perlawanan kedua. Kami perlu bekerja keras dan berjuang untuk itu. Sudah pasti, kami akan bergelut di tempat mereka.
"Kami berpuas hati, sangat gembira dan kami boleh menikmatinya, tetapi perjalanan kami masih panjang untuk mengharungi Liga Juara-Juara dan LaLiga.
"Saya tidak fikir bahawa kami akan terbawa-bawa dan membayangkan sudah layak ke perlawanan akhir. Tidak ada perlawanan yang mudah dan kami perlu untuk beraksi sempurna di tempat mereka untuk melayakkan diri."
Menurut jurulatih lagi: "Saya bernasib baik kerana mempunyai pemain-pemain ini.
"Kami cuba untuk bermain dengan cara kami dan menikmati permainan kami. Ia berfungsi kerana kami mempunyai pemain hebat yang berjiwa besar..."