VALENCIA 1 BARCELONA 4
Xavi dan Sergio Busquets memuji Pierre-Emerick Aubameyang selepas bekas pemain Arsenal itu mencetak hatrik ketika Barcelona membelasah Valencia 4-1, awal pagi tadi.
Penyerang Gabon itu merobek gawang dalam setiap babak sementara Frenkie De untuk memberikan Barca pendahuluan 3-0 dalam separuh masa sebelum melengkapkan hatriknya dalam keadaan pelik sebaik melewati sejam permainan sebelum Carlos Soler menjaringkan gol sagu hati buat Valencia.
Gol keempat Barcelona dalam pertembungan LaLiga berkenaan pada asalnya dikreditkan kepada Pedri, kemudian ia diputuskan untuk pemain berusia 32 tahun itu yang dikesan melakukan sedikit sentuhan dalam percubaan jarak jauh pemain muda tersebut.
Ia adalah permulaan pertamanya dalam LaLiga dan kali terakhir dia meledak hatrik ialah ketika membantu Arsenal membenam Leeds United, 12 bulan lalu, lantas Xavi teruja dengan sumbangan penyerang itu.
“Dia telah menjaringkan gol sepanjang kariernya,” katanya.
"Memang kami menjangkakan dia akan merakamkan jaringan di sini tidak lama lagi. Dia beraksi dengan sangat baik untuk mencari ruang. Dia mempamerkan kematangannya, dia sangat bijak.
"Saya gembira dengannya. Gol ini akan menjadi bekalan yang sangat baik buatnya."
Gol pembukaan Aubameyang itu menyaksikan dia kini muncul pemain keempat yang mencetak nama selaku penjaring dalam kancah di Sepanyol, England, Jerman dan Perancis pada abad ini, selepas Stevan Jovetic, Michy Batshuayi dan James Rodriguez melakukannya, malah dia menjadi pemain Gabon pertama yang menyumbang gol dalam LaLiga.

? ???? ???? ?? !!! The referee of today's #ValenciaBarça has given @Pedri's goal to @Auba!
— FC Barcelona (@FCBarcelona) February 20, 2022
... ? ??? ????? ??? ??? ???????? !!! ? pic.twitter.com/hYVdY8X2S4