Dua penolong jurulatih skuad kebangsaan Indonesia membatalkan hasrat untuk menonton aksi penjaga gol Indonesia, Emil Audero, dalam kancah Serie B ketika Palermo dijadualkan bakal menentang Carrarese Calcio 1908, pada Isnin.
Alex Pastoor dan Sjoerd Woudenberg tiba di Itali lebih awal dan sepatutnya menyaksikan perkembangan terkini pemain di posisi penjaga gol itu untuk mempertimbangkannya dalam senarai pemain yang akan menggalas tugas menjelang aksi seterusnya pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026.
Bagaimanapun, perlawanan tersebut ditangguhkan selepas dunia menerima perkhabaran akan kematian membabitkan Paus Fransiskus pada Isnin disebabkan akibat strok dan kegagalan jantung yang tidak dapat dipulihkan.
Pengumuman kematian itu dikeluarkan oleh pihak Vatican yang mengesahkan saat kematian Pope Francis.
Ketua Gereja Katolik itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.35 pagi Isnin (waktu Rom) di kediamannya di Santa Marta, Vatican.
Emil Audero kemungkinan besar bakal diturunkan sebagai pemain yang disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad Indonesia berdepan China, 5 Jun ini.
Ia rentetan daripada keadaan Maarten Paes yang dibelenggu dengan akumulasi kad kuning ketika Indonesia menentang Bahrain bulan lalu.
Sementara perlawanan Indonesia dengan China dalam kumpulan C itu bakal menentukan untung nasib perjalanan seterusnya pusingan kelayakan yang berlangsung.