Pengendali skuad England, Gareth Southgate, mengesahkan penjaga gol West Ham United, Joe Hart, bakal beraksi dalam kesebelasan utama apabila England bertandang ke Malta bagi aksi Kumpulan F saingan kelayakan Piala Dunia 2018, awal pagi esok.
Hart muncul selaku pemain paling banyak melakukan penampilan buat skuad Three Lions selepas Wayne Rooney mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa, baru-baru ini.
Selepas dipinjamkan ke West Ham, Hart telah melakukan tiga kali penampilan, namun sudah dibolosi sebanyak 10 kali daripada tiga kekalahan.
Walaupun penjaga gol Stoke City, Jack Butland, kini lebih menyerlah dalam saingan peringkat domestik, Southgate tetap menaruh kepercayaan terhadap pemain berusia 30 tahun itu.
“Saya percaya Hart adalah penjaga gol terbaik kami ketika ini. Tiga perlawanan tidak harus dijadikan pengukur buat seseorang pemain untuk dibenarkan membarisi kesebelasan utama atau tidak.
“Ia bakal jadi perlawanan yang sukar. Malta tidak akan membenarkan peluang terhidang dengan mudah, jadi kami harus menerima cabaran itu,” kata Southgate.
Dia dijangka menamakan penyerang Tottenham, Harry Kane, sebagai ketua pasukan dalam aksi di Stadium Nasional Ta' Qali itu.