Skip to main content

Bola Sepak

Hart dipinggirkan City, sertai West Ham secara pinjaman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joehart-cropped_1r00la81szn81b2yarngr7i4s.jpg
Penjaga gol England, Joe Hart, menyertai West Ham secara pinjaman sepanjang musim dari Manchester City.

Hart berada di bawah kontrak sehingga 2019 di City selepas tiba dari Shrewsbury Town pada 2006, tetapi pemain berusia 30 tahun itu merudum secara dramatik dalam pasukan utama sejak ketibaan Pep Guardiola sebagai pengurus di Stadium Etihad tahun lalu.

West Ham difahamkan mempunyai pilihan untuk menjadikan perpindahan Hart secara kekal hingga penghujung 2017-18.

Dia menyertai bekas rakan sepasukan di City, Pablo Zabaleta, di Stadium London selepas bek kanan Argentina itu berhijrah secara percuma.

"Ia penting untuk saya bermain bola sepak, peluang untuk datang ke sini dan bermain sangat hebat," kata Hart kepada West Ham TV. 

"Bermain dalam Liga Perdana untuk kelab besar seperti West Ham, saya benar-benat tidak sabar."

Hart cepat mengukuhkan dirinya sebagai penjaga gol kegemaran peminat Torino musim lalu tetapi prestasinya tidak konsisten, membuat lima kesilapan yang secara langsung memberikan gol kepada lawan.

"Ia adalah tahun yang menyeronokkan dan saya menikmati menjadi sebahagian daripada Serie A dan sebahagian daripada Torino.

"Tetapi saya bersedia untuk kembali dan tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada liga hebat ini sekali lagi," tambah Hart.

Membuat 71 penampilan bersama England, Hart mengekalkan kedudukannya sebagai pilihan pertama untuk skuad Three Lions.

Bagaimanapun, dia menghadapi cabaran daripada pemain baru Everton, Jordan Pickford, dan penjaga gol Stoke City, Jack Butland, yang kembali cergas.
 

Advertisement

Must Watch Video