Harry Maguire antara pemain terbaru yang menggesa agar video bantuan pengadil (VAR) dibatalkan sekalipun dia tetap menyokong penggunaannya dalam menentukan ofsaid.
Atas cadangan Wolves, kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) akan mengundi bulan depan untuk membatalkan VAR dalam langkah penting dan berpotensi bersejarah.
Beberapa bekas pemain liga utama meluahkan pendapat supaya sistem itu dibatalkan sementara pemain Newcastle, Anthony Gordon, berkata liga harus menggugurkan penggunaannya atau ditambah baik selepas dia dinafikan sepakan penalti, kelmarin,
Bagaimanapun, Maguire merupakan kelompok pemain terawal terang-terangan menyuarakan bantahan terhadap VAR sambil mengakui penggunaannya boleh menjadi penentu. Namun, pertahanan Manchester United itu percaya tuntutan berasaskan pendapat semata-mata adalah di luar bidang kuasanya.
"Saya fikir ia akan pendapatnya bermacam-macam dan ramai orang akan mahu mengekalkannya," kata tonggak Manchester United kepada The Sun.
"Walaupun ada yang mahu VAR dibatalkan, ia juga mungkin boleh dilaksanakan dengan lebih baik.
"Langkah mengesan ofsaid secara akan diperkenalkan pada musim depan dan ia akan ditingkatkan. Ia akan menjadikan keputusan lebih cepat dibuat.
"Secara peribadi, saya akan mengekalkan VAR tetapi untuk ofsaid sahaja.
"Saya akan menggugurkannya kerana ia berasaskan pendapat. Ofsaid adalah fakta dan tidak subjektif.
"Sangat perit untuk tewas dalam perlawanan menerusi gol ofsaid sedangkan pemain lawan berada di jarak dua atau tiga ela.
"Semua orang membuat kesilapan, penjaga garisan melakukan kesilapan jadi itulah sebabnya saya akan mengekalkan VAR untuk itu.
"Tetapi saya tidak akan menerimanya untuk kad merah mahupun sepakan penalti kerana orang tetap tidak bersetuju dengannya biarpun keputusan itu betul atau salah."

Job done - a final to look forward too ❤️
— Harry Maguire (@HarryMaguire93) April 21, 2024
Credit to @Coventry_City, a cup run to be proud of ? pic.twitter.com/z7XeKTMkQ2