Skip to main content

Bola Sepak

Harry Maguire nikmati kebenaran khas bercuti di Portugal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harry-maguire.jpg
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, memberi kebenaran khas kepada Harry Maguire untuk menikmati percutian singkat bagi menenangkan diri. 

Ketua Red Devils itu terus mendapat kritikan hebat penyokong sendiri dan kecederaan otot yang dialaminya bersama England minggu lalu mungkin hadir tepat pada masanya. 

Ten Hag ingin pertahanan itu mengambil kesempatan ini untuk 'menjernihkan fikiran' di resort golf Quinta do Lagofor, Portugal, ketika Man Utd di Cyprus berdepan Ominia dalam Liga Europa, Jumaat lalu. 



The Sun melaporkan Maguire pergi bercuti bersama keluarganya dan Erik berharap dapat membantunya memulihkan prestasinya walaupun sebelum ini bertegas mana-mana pemain yang tercedera harus kekal di pangkalan latihan mereka di Carrington. 

Jurucakap United berkata: "Harry diberi kebenaran untuk pergi ke Portugal untuk meneruskan pemulihannya tatkala seluruh skuad berada di Cyprus, cuaca panas akan memberinya manfaat.

"Harry ditemani oleh fisio United dan bekerja keras untuk pemulihannya. Dia akan kembali ke Carrington pada Ahad."


 

Advertisement

Must Watch Video