Solanke menandatangani kontrak enam tahun dengan Spurs dalam perjanjian rekod £65 juta (RM367.6j) dan diperkenalkan kepada peminat sebelum perlawanan persahabatan pramusim menentang Bayern Munich.
Penyerang itu, yang meledak 19 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Bournemouth musim lalu, telah dibawa masuk untuk mengisi peranan penyerang tengah yang ditinggalkan oleh Kane tahun lalu.
Justeru, kapten England itu percaya Solanke mampu menyesuaikan diri dengan gaya permainan yang diterapkan Ange Postecoglou.
"Ia sepatutnya hebat. Dom seorang pemain yang hebat," kata penggempur kelab Bundesliga itu.
Amazing to be back at a place that will always be very special to me. Thanks to everyone for an incredible welcome. Great to get some minutes in the legs and step up the preparation for the season. ? pic.twitter.com/PfiaQtgH0b
— Harry Kane (@HKane) August 10, 2024
"Dia beraksi dengan ketekalan dan kelajuan tinggi. Yang pasti, dia akan mendapat peluang yang menarik dalam pasukan ini menerusi taktikal Ange. Anda boleh melihatnya menerusi perlawanan sengit.
"Saya fikir ia adalah pembelian yang sangat bagus. Saya baru sahaja berjumpa dengannya di bilik persalinan dan saya mendoakan yang terbaik untuknya dan saya harap dia dapat melalui musim yang hebat."