Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Harry Kane ratapi minggu mengecewakan Tottenham

kane.jpg
WOLVES 1 TOTTENHAM 0

Harry Kane menyeru rakan sepasukannya di Tottenham supaya memanfaatkan baki kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menyasarkan kedudukan empat teratas.

Spurs kecundang 0-1 kepada Wolves berikutan jaringan tunggal lewat daripada Adama Traore buat tuan rumah di Molineux, awal pagi tadi. 

Ia menyaksikan Tottenham -- yang masih di bawah asuhan jurulatih sementara, Cristian Stellini, sebelum Antonio Conte kembali ke bangku simpanan berikutan baru pulih daripada pembedahan perut -- tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk menjarakkan diri dengan kelab di tangga kelima, Newcastle United, yang tewas 0-2 di Manchester City.


 
Ditambah dengan penyingkiran mengejut Piala FA kepada kelab Liga Kejuaraan, Sheffield United, Khamis lalu, Kane mengakui ia adalah satu tempoh yang sukar dan kapten England itu menggesa rakan sepasukannya agar mengubah nasib mereka sendiri. 

"Ia adalah minggu yang sukar, minggu yang sangat mengecewakan," katanya. 




"Apa yang boleh kami lakukan sekarang ialah melihat ke hadapan. Kami masih mempunyai 12 atau 13 perlawanan untuk kekal dalam kelompok empat terbaik. 

"Perlawanan datang dengan pantas dan kami perlu segera melihat perlawanan seterusnya. Jika kami menang hari ini, kami akan berada di kedudukan yang baik untuk mengharungi sepertiga terakhir musim ini.

"Tetapi masih ada mata yang tercicir dan kami perlu menumpukan perhatian kepada diri sendiri dan menamatkan kempen ini dengan sehabis baik."

Advertisement

Must Watch Video