Skip to main content

Bola Sepak

Harry Kane gembira dapat atasi rekod Thierry Henry

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harry-kane_.jpg
Harry Kane gembira dengan prestasinya selepas mengatasi rekod jaringan Thierry Henry dalam EPL ketika membantu Tottenham membelasah Everton 5-0 di laman sendiri awal pagi tadi.

Kane menjaringkan gol berganda dalam aksi yang didominasi Spurs itu untuk mengatasi rekod 175 gol EPL yang dilakukan legenda Arsenal, Henry -- menerusi sepakan voli gemilangnya sebelum sejam perlawanan, dia kini mendaftarkan 176 gol dalam liga berkenaan. 

Selepas menewaskan Leeds United 4-0 dalam perlawanan liga terakhir, Spurs kini telah menjaringkan empat gol tau lebih dalam dua perlawanan liga berturut-turut buat kali pertama sejak Disember 2018.

Kapten Spurs, Kane, yang turut terlibat dengan 11 gol daripada 12 perlawanan liga terakhir (sembilan gol dan dua bantuan jaringan), gembira dengan dua penyudah terbarunya buat skuad bimbingan Antonio Conte berkenaan.

"Tiada perlawanan mudah dalam EPL,"kata pemain berusia 28 tahun itu kepada Sky Sports.

"Pujian buat bagaimana cara kami mendapatkannya dan bagaimana kami menghukum kesilapan mereka.

"Secara keseluruhan, ia hari Isnin yang amat baik.

"Ia tentang mendapatkan peluang itu dan saya sentiasa yakin bahawa saya akan menemui sasaran.

"Saya sentiasa mencuba dan mengekalkan bola rendah. Kerja keras dan latihan, tiada rahsia mengenainya.

"Selama beberapa tahun ini, permainan saya sudah sedikit berubah berdasarkan cara saya masuk ke bahagian dalam.

"Saya bermain sebagai pemain nombor 10, apabila pasukas dan pengurus berubah, anda perlu menyesuaikan diri dengan permainan," katanya.
 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video