KEDAH 3 JOHOR DARUL TA'ZIM 1
Kedah mencerahkan peluang untuk merebut slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-1 dalam aksi kelima Kumpulan C di Stadium Darulaman, sebentar tadi.
Kedah melayan kunjungan lawan dengan misi memastikan tiga mata dan skuad Hijau Kuning itu membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi gol penyerang dari Brazil, Sandro da Silva sebelum JDT menyamakan kedudukan hasil ledakan Fernando Marquez pada minit ke-36.
Bagaimanapun, tuan rumah yang nyata serius dalam usaha untuk menghidupkan peluang ke kelompok lapan terbaik, hanya memerlukan dua minit untuk kembali mendahului menerusi jaringan Akhyar Rashid.
Malang buat JDT apabila beraksi dengan 10 pemain selepas Marcos Antonio dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari penjaga gol tuan rumah, Abdul Hadi Hamid, ketika perlawanan berbaki 10 minit dalam babak kedua.
Tatkala pelawat bergelut untuk mencari gol penyamaan, Liridon Krasniqi memanfaatkan peluang terhidang dengan melakukan rembatan cantik bagi melengkapkan kemenangan 3-1 buat skuad Lang Merah dalam waktu kecederaan.
Kemenangan itu menyaksikan Kedah mengumpul lapan mata untuk menduduki takhta Kumpulan C selepas satu lagi perlawanan dalam kumpulan menyaksikan MISC-MIFA seri 0-0 dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.