Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya tumpas 0-3 kepada Cape Verde dalam aksi tertutup

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nooa1.jpg
Ujian terakhir Harimau Malaya sebelum bertemu Vietnam berkesudahan dengan kekalahan kepada Cape Verde dalam perlawanan persahabatan tertutup, sebentar tadi.

Skuad kendalian Peter Cklamovski tumpas 0-3 kepada pasukan di ranking ke-72 dunia di Stadium Nasiona Bukit Jalil (SNBJ), sekali gus dapat menilai kelemahan untuk diperbaiki menjelang tugasan penting menentang Vietnam dalam aksi seterusnya pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027, 10 Jun ini. 

Selepas diikat 1-1, Cape Verde berjaya mempamerkan kebangkitan untuk mengungguli permainan menewaskan pertahanan skuad kebangsaan. 
 
 

Dua jaringan Rocha Livramento pada minit ke-35 dan 48 serta satu jaringan menerusi Heriberto Tavares pada separuh masa kedua menyaksikan Cape Verde meraih kemenangan bergaya.

Advertisement

Must Watch Video