Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya: Peter Cklamovski taruh kepercayaan kepada pemain tempatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

quentin-cheng.jpg
Tiada istilah pilih bulu dan ketua jurulatih negara, Peter Cklamovski, tidak teragak-agak untuk meletakkan kepercayaan penuh kepada barisan pemain tempatan negara dalam mengekang asakan Palestin selepas ketiadaan Facundo Garces pada malam tadi.

Gabriel Palmero menjadi satu satunya 'Malaysian Abroad' yang mengisi perisai negara sehingga minit ke-80 dalam kemenangan Harimau Malaya.

Cklamovski bertegas dia membuka peluang kepada semua pemain untuk menggalas misi negara.

Itu yang berlaku kepada barisan pertahanan negara, di mana permulaan di kesebelasan utama majoriti dibarisi pemain tempatan seperti Shahrul Saad, Dominic Tan, Harith Haiqal Adam Afkar dan Quentin Cheng.

Jika sebelum ini ada yang memperkatakan ura-ura pemain tempatan bakal terpinggir dengan kehadiran Malaysian Abroad, Cklamovski membuktikan kenyataan itu tidak tepat.

"Saya sangat yakin dan menaruh kepercayaan kepada kesemua pemain. 

"Kami perlu beri fokus kepada persiapan, kekalkan persembahan. Setiap hari bekerja keras dan komited atas apa yang dilakukan. 

"Ia satu hasil yang bagus. Kamu melakukan tujuh rombakan dan enam pertukaran pemain. Memang sudah dijangkakan permainan kami akan menjadi longgar di penghujug permainan. 

"Tapi komited setiap pemain membanggakan saya," katanya dalam pasca perlawanan. 


Dalam masa sama, wajah sugul ketua jurulatih Palestin, Ihab Mahmoud Hamad Abujazar, menggambarkan rasa kecewanya terhadap prestasi pasukannya. 
 
Dengan ketiadaan tujuh pemain utamanya pada saat akhir antara punca mereka kurang menyengat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan dia menegaskan: 

Keampuhan skuad terkini Malaysia turut tarik perhatian bekas pemain Palestin tersebut yang beranggap Malaysia mampu lebih menyerlah di peringkat tertinggi.

"Ranking bukan segalanya. 





"Andai Malaysia menurunkan barisan sebegini lebih awal, raking mereka akan berada di kedudukan lebih baik. 

"Saya berkesempatan untuk mempertaruhkan pemain yang tidak diturunkan dalam perlawanan terdahulu," katanya.
Football Shoes

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video