Sebelum ini, bekas pertahanan Shanghai Shenhua dan Al-Ahli, Mark Daniel Miligan, diumumkan sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya bagi membantu Peter Cklamovski membawa cabaran negara menjelang perlawanan pertama menentang Nepal dalam Kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027, minggu depan.
Pemain termuda skuad Piala Dunia 2006 Australia itu juga memiliki pengalaman dalam kancah tersebut selepas pernah merangkul kejuaaran Piala Asia 2015 bersama Socceroos.
Teka-teki mengenai siapakah individu seterusnya bagi mengisi kekosongan pembantu kanannya yang lain akhirnya terjawab selepas laman rasmi skuad kebangsaan, Malaysia NT, memuat naik gambar ketika sidang media pengumuman senarai 27 pemain negara, minggu lalu.
Menerusi perkongsian itu, kelihatan dua susuk tubuh bersama Mark Miligan sedang menyaksikan pengumuman tersebut.
Dan ini secara rasminya menjawab persoalan siapakah pembantu seterusnya jurulatih terbaru Harimau Malaya itu.
John Crawley memiliki pengalaman luas sewaktu menjadi jurulatih penjaga gol Australia sebelum ini.
Selain negara kelahirannya, dia juga pernah berkhidmat bersama jaguh Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Central Coast Mariners (CCM) dan Sydney.
Sementara itu, bekas pengendali juga pengarah teknikal BG Pathum, Matt Smith, menyertai barisan kejurulatihan pasukan negara membantu Mark Miligan dan Cklamovski.
Kedua-dua individu tersebut turut berada di lapangan Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam bagi membantu pengendali Australia itu mempersiap pasukan ketika hari pertama sesi latihan, bermula Isnin lalu.