KEMBOJA 1 MALAYSIA 3
Harimau Malaya membuatkan Kemboja gigit jari apabila menang 3-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Olimpik Kebangsaan, Phnom Penh, sebentar tadi.
Pengendali negara, Tan Cheng Hoe, membuat beberapa pembaharuan taktikal berbanding ketika tumpas kepada Taiwan Jumaat lalu dengan menampilkan Khairul Fahmi Che Mat dan Rawilson Batuil mengukuhkan bahagian benteng, Nasir Basharuddin (tengah) manakala Akhyar Rashid diketengahkan untuk menjana serangan.
Begitupun, Kemboja menggunakan kesempatan beraksi di atas padang rumput tiruan untuk menguasai separuh masa pertama dalam suasana hujan yang menyaksikan perlawanan tertunda selama 30 minit.
Stadium yang padat dengan penyokong selepas tiket perlawanan habis dijual sehari sebelum sepak mula disajikan dengan corak hantaran pendek yang diterapkan ketua jurulatih, Keisuke Honda, yang membuat penampilan pertama dengan seragam serba hitam berjaya diterjemahkan anak buahnya untuk mendahului permainan menerusi jaringan Soeuy Visal pada minit ke-18.
Malaysia terpaksa memasuki separuh masa kedua dengan tempang ekoran kecederaan yang menimpa Nasir dan memperkenalkan Azizan Nordin untuk mengemudi bahagian tengah.
Kemboja terus garang melancarkan asakan dan hampir meraih gol kedua sambil Akhyar beroleh kesempatan terbaik untuk merobek gawang lawa pada awal babak kedua.
Seo Kokpheng hampir mengukuhkan kedudukan tuan rumah tetapi mujur tandukannya ditepis Khairul Fahmi.
Pada minit ke-62, Shahrul Saad memulakan kebangkitan Malaysia apabila mengikat kedudukan selepas menolak masuk bola muntah yang dijana oleh tandukan mengelirukan pemain gantian, Shahrel Fikri Fauzi.
12 minit berselang, Syazwan Andik Ishak meluru ke hadapan gol untuk menyudahkan umpanan Shahrel yang bijak meloloskan diri untuk sepakan lintangnya ditanduk kemas.
Bagaimanapun, awal tempoh 10 minit terakhir permainan, Khairul Fahmi diuji bertali arus namun tenang menguis keluar tiga percubaan berbahaya lawan.
Tatkala Kemboja terus ghairah untuk memburu gol penyamaan, pertahanan mereka kembali dihukum dan kali ini Shahrel sendiri yang memainkan watak pemusnah apabila melepaskan rembatan rendah hasil gerakan Fazly Mazlan untuk barisan Cheng Hoe mengakhiri siri kedua daripada lima aksi persahabatan yang diaturkan sebagai persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF 2018, November ini, dengan noktah kemenangan.
"Saya sangat gembira dengan pasukan saya.
"Kami bermain di tempat lawan yang sesak dengan penyokong tetapi tetap memberikan usaha 100 peratus dan sentiasa mempercayai kemampuan sendiri.
"Kami berdepan aksi sukar tetapi kami terus memberi fokus dalam tugasan.
"Taktikal Kemboja sudah berbeza di bawah jurulatih baru, saya mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan," menurut Shahrul Saad.