Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya disaran tubuh jawatankuasa khas pantau prestasi

palestin.jpg
Bekas juara Pestabola Merdeka 1986 yang pernah menyarung jersi Selangor dan Terengganu, Azlan Johar, memuji persembahan yang ditampilkan Harimau Malaya terutama dalam perlawanan terakhir Kumpulan E bertemu Republik Korea, Khamis lalu.

Dia percaya skuad kendalian Kim Pan-gon berada di landasan terbaik untuk terus bersaing bukan sahaja di peringkat Asia malah di peringkat dunia pada masa akan datang.

Bekas pemain kebangsaan era 80-an itu berharap agar persiapan Malaysia menjelang kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 bertemu Oman, Mac depan, diadakan lebih awal memandangkan Liga Malaysia (Liga-M) hanya akan membuka tirai Mei depan.


"Pemain kita ada kekuatan yang boleh dikembangkan menjadi persmebahan yang lebih mantap. 

"Kumpulkan pemain-pemain ini sekerap mungkin kerana liga kita hanya akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri. 

"Kumpulkan mereka sekerap mungkin agar persiapan jitu boleh dilakukan Pan-gon," katanya. 

Azlan turut mencadangkan agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mewujudkan jawatankuasa khas pemantau prestasi Harimau Malaya yang terdiri daripada pakar bola sepak serta ahli akademik tempatan demi kemajuan sukan tersebut.

"Pasukan negara lain ada jawatan pemantau khas yang membuat laporan kepada presiden, untuk presiden dan jawatankuasa khas membuat keputusan. 

"(FAM) boleh melantik pemerhati yang mahir dan suka berkhidmat dengan pasukan kebangsaan secara sukarela. 

"Mereka boleh memantau pasukan kebangsaan dari sesi latihan hingga hari perlawanan," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video