Pemerhati bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri, menyokong sepenuhnya tindakan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, memanggil ramai pemain muda untuk latihan pusat fasa pertama.
Asmawi menyifatkan ini sebagai cara terbaik untuk adanya kesinambungan antara pemain B-23 sebelum berjuang di samping skuad senior.
"Mungkin Cklamovski nak imbangi pemain utama dan memberikan bayangan kepada pemain muda sebagai peralihan daripada pasukan remaja kepada pasukan utama," katanya.
Sementara itu, Asmawi mengakui ketiadaan pemain Sri Pahang dalam panggilan kali ini menimbulkan tanda tanya termasuk pemilihan pemain seperti Hong Wan dan juga Junior Edstal.
Namun, ia tidak perlu dirisaukan dan menghormati perancangan Cklamovski dalam persediaan menaikkan reputasi Harimau Malaya.
"Mungkin kedudukan kelab kedua-dua pemain ini di tahap terbaik berbanding senarai menunggu yang lain.
"Mungkin ini menjadi perbezaan kepada penilaian Cklamovski kali ini," katanya lagi.