WEST HAM 0 LIVERPOOL 4
Jurgen Klopp memuji "hari yang sempurna" buat Liverpool selepas skuad kendaliannya kembali ke tangga ketiga dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berharap untuk kembali ke pentas Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan West Ham 4-0 di Stadium London, semalam.
Daniel Sturridge menyempurnakan hantaran Philippe Coutinho untuk membuka jaringan buat Liverpool, dengan pemain kelahiran Brazil itu menambah dua jaringan dalam separuh masa kedua sebelum Divock Origi menyempurnakan kemenangan The Reds.
Ia merupakan kemenangan keempat berturut-turut di laman lawan buat Liverpool, sekaligus meraih kelebihan empat mata ke atas penghuni tangga kelima, Arsenal, dan mereka akan layak secara automatik ke saingan UCL apabila melakar kemenangan ke atas Middlesbrough di Anfield.
Klopp gembira dengan persembahan pasukannya ketika bertemu West Ham dan berharap mereka akan meraih kemenangan dalam aksi berdepan Boro.
"Kami telah bekerja bagi menghasilkan keputusan perlawanan ini. Kami benar-benar berhak meraih kemenangan. Ia persembahan yang sempurna daripada Liverpool," kata Klopp.
"Kami berjaya mendominasi perlawanan. Liverpool agak bernasib baik kerana pasukan lawan gagal menjaringkan gol ketika memiliki peluang untuk mengatur rentak permainan ini."