Walaupun tiket berharga RM455 (Rp1.750.000) ditetapkan, Stadium Gelora Bung Karno (SGBK) tetap hangat dengan penyokong Indonesia tidak sabar-sabar untuk perhitungan dengan China.
Tiket perlawanan -- pada Khamis depan itu -- sebanyak 76,000 keping itu sudah habis dijual, sekali gus bakal memastikan SGBK terus bergema tatkala peluang Indonesia dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia masih menyala.
Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan harga tiket termurah dijual pada Rp300,000 (RM78) yang merupakan tribune (teres) atas, manakala harga tribune selatan dan utara dengan harga Rp600,000 (RM156).
Bagi tribune barat dan timur, berharga Rp1.25j (RM325) dan kategori VIP barat dan timur yang merupakan tempat duduk termahal dijual dengan harga RM455.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula memperkenalkan tiga kategori harga tiket untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 di antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun depan.
Harga tiket bermula daripada RM40 untuk tempat duduk terbuka, RM60 untuk grandstand, dan RM70 untuk kategori premium.
Tiket kanak-kanak pula dijual pada harga RM5 sahaja.