Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Haqimi Azim mahu kukuhkan tempat dalam kesebelasan KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haqimi-azim.jpg
Penyerang skuad remaja negara, Muhammad Haqimi Azim Rosli, mengesahkan dia masih memiliki baki kontrak dua tahun hingga 2025 bersama dengan kelab Kuala Lumpur City FC.

Namun, dia tidak menolak kemungkinan untuk keluar menyertai pasukan lain sebagai pemain pinjaman demi mendapatkan lebih minit permainan.

Penyerang skuad B-23 itu juga bertekad meningkatkan prestasinya musim ini dalam usaha membuktikan kredibilitinya sebagai salah seorang penyerang tempatan yang wajar diberikan perhatian.

"Saya masih ada kontrak lagi dengan KL dan kemungkinan kekal untuk baki dua tahun ini. 




"Kalau tahun ini masih kurang minit permainan, saya sedia berbincang untuk dipinjamkan kerana sudah ada calon pasukannya. 

"Kalau ada rezeki di tempat lain tapi untuk musim 2024/25, saya masih kekal di KL. 

"Saya harap dapat terus meningkatkan tahap permainan, corak permainan dan melakar lebih banyak gol berbanding musim lalu," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Haqimi tampil dalam 16 perlawanan dan menyumbangkan satu gol untuk kempen Liga Super bersama The City Boys musim lalu.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video