Jurgen Klopp berkata final Liga Juara-Juara Eropah musim lalu telah menunjukkan mengapa hanya kemenangan menjadi perkara utama ketika Liverpool sedang bersedia untuk mengubah nasib itu.
The Reds layak ke final Liga Juara-Juara buat tahun kedua berturut-turut untuk bertemu Tottenham Hotspur di Madrid hujung minggu ini.
Namun, Liverpool tidak dapat menandingi Real Madrid dalam edisi terdahulu selepas tewas dalam aksi final di Kiev dengan bintang utama, Mohamed Salah, terpaksa diusung keluar kerana kecederaan manakala penjaga gol, Loris Karius, melakukan dua kesilapan besar -- walaupun penjaga gol itu kemudian didedahkan mengalami gegaran otak ketika aksi tersebut.
Klopp menegaskan dia tidak memerlukan masa yang panjang untuk mengubati luka itu, namun menerangkan lumrah terhadap kekalahan itu menjadikan kemenangan pada hujung minggu ini lebih penting berbanding prestasi The Reds.
"Saya sebenarnya berasakan malam di Kiev itu tidak menghantui saya," katanya kepada Independent.
"Anda menyaksikan perlawanan itu. Ia berlaku seperti yang ia berlaku. Apa yang anda boleh lakukan?
"Ya, kekecewaan, sedih dan semua perkara itu.
"Namun, selepas kembali ke England, saya sudah melupakannya.
"Mungkin saya seorang sahaja yang dapat melaluinya kerana saya dapat lihat ketika keluarga saya datang, mereka masih tidak dapat melupakannya. Rakan-rakan saya juga begitu.
"Saya masih ingat ketika beratur hendak menaiki pesawat di Kiev, semua dalam seragam senaman dengan kepala yang menunduk, menunggu untuk masuk ke pesawat dan saya hanya fikirkan yang saya mahu bangkit. Saya mahu lakukannya sekali lagi.
"Ketika itu, saya tidak sangka yang kami akan memperoleh peluang itu tahun ini.
"Namun, peluang itu tiba dan ia amat hebat.
"Anda perlu melupakannya.
"Beberapa tahun lalu (ketika membimbing Borussia Dortmund pada 2014), kami menentang Bayern Munich dalam final dan keputusan terikat 0-0.
"Kami menjaringkan gol, namun tiada teknologi garisan gol ketika itu.
"Hampir semua di stadium dapat melihat gol itu tetapi bukan pengadil.
"Dalam masa tambahan, Bayern menjaringkan gol pertama dan kemudian yang kedua.
"Kami tidak tewas, namun mereka tidak mahu mendengari perkara itu. Mereka hanya mengambil kisah tentang keputusan perlawanan.
"Siapa yang bercakap tentang insiden (Sergio) Ramos dan Salah selepas perlawanan jika bukan kami?
"Siapa yang berkata Karius mengalami gegaran?
"Mereka kata, 'Ha Ha, dia mengalami gegaran'.
"Namun, dia memang mengalami gegaran.
"Lima hari selepas final, dia mengalami 37 atau 40 titik gegaran.
"Namun, bagaimana anda mahu menggunakannya?
"Anda perlu belajar mengalah dan menerima perkara yang berlaku di sekeliling anda.
"Menguruskan diri anda dan jangan harapkan sebarang bantuan.
"Saya bukanlah individu yang kecewa.
"Anda mungkin akan kehilangan minat mengenai bagaimana gol itu terhasil selepas perlawanan final.
"Mungkin hanya seketika , namun ia setakat 10 minit sahaja.
"Bagi kami, ia akan menjadi penentu nasib.
"Itulah situasi yang akan kami hadapi," katanya.