Skip to main content

Bola Sepak

Hannah Yeoh ajak peminat meriahkan program tayangan skrin besar Liga Super

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan empat lokasi terpilih untuk tayangan skrin besar aksi Liga Super sepanjang bulan ini. 

Bermula pada malam ini membabitkan pertemuan di antara Kedah Darul Aman dan Terengganu, perlawanan berkenaan akan ditayangkan di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Kerjasama dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ini demi menyemarakkan kancah bola sepak tempatan, sekali gus mencetus minat sukan ini dalam kalangan kanak-kanak apabila menontonnya bersama keluarga.

"Ketika tayangan skrin besar perlawanan Piala AFF, kami nampak ramai yang membawa keluarga, satu keluarga menonton bola sepak dan kami berharap gaya ini dapat diteruskan. 



"Kalau tidak ramai penonton di lokasi tersebut, mungkin kami akan pindahkan tayangannya di tempat yang mempunyai penonton yang lebih ramai. 

"Ini terpulang kepada rakyat Malaysia untuk menjayakannya," katanya dalam sidang media majlis pengumuman kerjasama itu di Menara KBS, hari ini.

Dalam masa yang sama, Menteri KBS, Hannah Yeoh, turut percaya program ini dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sesama rakyat bagi mengelakkan perbalahan.




"Saya percaya rakyat Malaysia sudah matang ketika melihat bola sepak bersama-sama keluarga termasuk kanak-kanak, saya percaya bola sepak sihat di negara kita. 

"Kami akan bekerjasama dengan pihak polis untuk menjaga keamanan kita," katanya lagi. 

Aksi di antara Kelantan bertemu Penang pada Ahad ini pula ditayangkan di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang.

Dua lagi perlawanan iaitu Kuala Lumpur City menentang Negeri Sembilan pada 11 Mac ditayangkan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan, seterusnya pertemuan Kelantan United dan Kedah Darul Aman pada 13 Mac di Dataran Starwalk, Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video