Skip to main content

Bola Sepak

Hamidin, Pan-gon menghadap TMJ

tmj-hamidin-pan-gon.jpg
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, dan Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, di ibu pejabat pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini.

Perkara itu dikongsikan dalam laman Facebook HRH Crown Prince of Johor yang turut menyatakan pertemuan itu bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan bola sepak kebangsaan.

"Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden FAM, dan Kim Pan Gon, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, menghadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, di Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 11 Februari 2023, bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan bola sepak kebangsaan. ALLAH Peliharakan Sultan," menurut kenyataan dimuat naik berkenaan.

Sebelum ini, Hamidin tidak menolak kemungkinan Tunku Ismail boleh menjadi pengurus Harimau Malaya sekiranya perkara itu membawa kebaikan kepada pasukan kebangsaan.

Kredit: Sinar Harian

Kredit foto: Johor Southern Tigers

 

Advertisement

Must Watch Video