Skip to main content

Bola Sepak

Hamidin enggan ulas status Hodak

hodak.jpg
Tiada jawapan kemas daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berhubung tindakan ke atas jurulatih skuad B-19 negara, Bojan Hodak, yang mempersoalkan sistem akar umbi bola sepak negara.

Sama ada mahu mengelak atau Hamidin sudah muak dengan kenyataan pedas yang sering keluar daripada mulut pengendali kelahiran Croatia itu, Hamidin nampaknya tidak mahu menggalas tanggungjawab dalam isu membabitkan Hodak.

Beliau sebaliknya menyerahkan usul tindakan ke atas Hodak kepada pihak sekretariat yang sudahpun mengeluarkan surat tunjuk sebab yang khabarnya tidak diendahkan pengendali itu.

"Isu melibatkan Hodak sedang diuruskan kepada setiausaha (agung) saya. Perkara ini bukan mengenai prestasinya bersama pasukan.

"Jika Hodak melanggar apa yang telah telah ditetapkan dalam kontraknya, saya berasakan surat tunjuk sebab telah diberikan kepadanya," katanya.

Justeru, status Hodak masih misteri dan bayangan kedudukan pengendali itu hanya akan ditentukan 17 April ini selepas mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan.

"Selepas itu, pihak sekreteriat yang ditetapkan untuk menguruskan hal ini. Saya buat masa ini masih belum mendapat maklum balas daripada setiausaha saya dalam hal ini."
 

Advertisement

Must Watch Video