Bekas pemain tengah Bayern Munich, Dietmar Hamann, tidak begitu yakin dengan tindakan kelab itu memancing Matthijs de Ligt daripada Juventus.
Pemain berusia 22 tahun itu meninggalkan kota Turin untuk ke ibu kota Jerman menjelang musim 2022-23 berikutan tugas sukar selama tiga tahun di Itali.
De Ligt bergelut untuk membuktikan dirinya sebagai tunjang pertahanan Juventus, sekali gus menyaksikan sahamnya jatuh secara mendadak biarpun sebelum ini dianggap sebagai salah satu prospek pertahanan terbaik di dunia.
Bayern berharap dia dapat memenuhi potensi itu di Bavaria tetapi Hamann menggesa langkah berhati-hati supaya mereka tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap bintang antarabangsa Belanda tersebut.
"Persoalan besar adakah De Ligt mampu mengetuai pertahanan," katanya kepada Sky,
"Dia melakukan kerja yang hebat di Amsterdam. Dia tidak berjaya di Turin.
“Sudah tentu ia adalah kelab yang lebih besar, persaingan yang lebih besar dan dia mempunyai pemain yang sangat berpengalaman di sampingnya.
“Dan saya tidak pasti adakah dia merupakan pemain berusia 22 tahun yang ke mari untuk mengetuai pertahanan sebuah pasukan yang pernah memenangi Liga Juara-Juara (UCL), dua tahun lalu.
"Dia mungkin akan diapit oleh dua juara dunia iaitu Pavard dan Hernandez. Itu semua kedengaran indah. Sama ada ia boleh dilaksanakan dalam latihan masih belum dapat dilihat."
De Ligt bukanlah satu-satunya anggota pasukan Ajax -- mara ke separuh akhir UCL 2018-19 -- yang mengalami kemunduran prestasi sejak berpindah ke pasukan baru apabila Donny Van de Beek (Manchester United) dan Hakim Ziyech (Chelsea) turut bergelut untuk mendapatkan minit permainan tetap.
"Nasib semua pemain yang meninggalkan skuad gemilang Ajax tiga tahun lalu adalah contoh terbaik," tambahnya.
"Dan itulah sebabnya dia masih perlu membuktikan bahawa dia berkeupayaan mengetuai pertahanan seperti Bayern Munich. Saya akan berwaspada."

Preparing for the Supercup! ? #packmas #RBLFCB pic.twitter.com/yR6vtNIAi1
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) July 26, 2022