Skip to main content

Bola Sepak

Hai-O muka baru sertai pasukan kejurulatihan Harimau Malaya?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hai-o.jpg
Bekas pemenang Piala Malaysia 2009 hingga 2011, Hairuddin Omar, bakal menyertai barisan kejurulatihan Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski bagi menjelang ujian pertamanya, pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia Arab Saudi 2027, yang bermula Mac ini.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, difahamkan bekas pemain Negeri Sembilan itu akan meninggalkan posisi penolong jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali, bagi memperkuat skuad kebangsaan.

Ketika menjawat posisi ketua jurulatih Terengganu II, dia berjaya membawa anak buahnya meraih kejuaaran menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDTII) 1-0 dalam final Piala MFL di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, tahun lalu.

 

Bekas pemain Kelantan itu juga merekodkan 54 penampilan bersama skuad negara, sebelum ini.

Untuk rekod, pemain yang mesra dipanggil Hai-O itu pernah dilantik selaku pembantu jurulatih skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19) di bawah sentuhan Bojan Hodak pada 2017.

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada pasukan Terengganu, Hai-O mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
 

Advertisement

Must Watch Video