Skip to main content

Bola Sepak

Hai-O kembali bergandingan dengan Nafuzi di Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hairuddin-omar.jpg
Bekas bintang Terengganu FC, Hairuddin Omar, kembali ke pasukan negeri kelahirannya itu selaku penolong jurulatih.

Pemain yang mesra disapa Hai-O itu yakin kehadirannya akan memberikan nilai tambah buat skuad Peteh berkenaan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Lebih menarik, dia akan bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya yang merangkap ketua jurulatih, Nafuzi Zain, di mana mereka pernah menjulang trofi Piala Malaysia bersama-sama pada 2001.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Hai-O berkata: "Sudah pasti ia sentiasa memberikan perasaan yang luar biasa untuk kembali ke padang.

"Saya sentiasa gembira dan seronok untuk berada di padang setiap hari.

"Pasukan Terengganu merupakan pasukan yang pernah saya wakili dan berkhidmat, jadi dengan peluang untuk saya menjadi pembantu jurulatihnya membuatkan saya amat gembira," katanya.

Diminta untuk mengulas mengenai gandingannya dengan Nafuzi dan seorang lagi penolong jurulatih, Tengku Hazman Raja Hassan, Hai-O menambah: "Saya bersama Nafuzi dan Tengku Hazman, boleh dikatakan kami bermain dan membesar bersama.

"Saya mempunyai kenangan dengan Nafuzi memenangi Piala Malaysia pada 2001 dan pernah bermain bersama Tengku Hazman dalam skuad kebangsaan.

"Komunikasi kami sangat rapat seperti satu keluarga dan kami mengenali perwatakan masing-masing.

"Jadi, ia mungkin akan menjadi satu faktor yang akan memberi nilai tambah buat pasukan ini kerana kita tahu komunikasi dalam pasukan juga amat penting.

"Insya-Allah, Terengganu akan sekali lagi menjadi pencabar yang baik buat pasukan-pasukan lain," katanya lagi.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video