Penjaga gol Perak FC, Hafizul Hakim, mengambil keputusan seri 1-1 antara Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai inspirasi buat pasukannya untuk melakar keputusan positif berdepan penyandang juara Liga Super itu esok.
Aksi tumpuan Liga Super bakal terarah pertembungan Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Kedua-dua pasukan ketika ini berada dalam 'rentak kurang baik susulan gagal meraih kemenangan dalam aksi terakhir mereka.
Tatkala Perak tewas 3-0 kepada Kuala Lumpur City FC, skuad Harimau Selatan pula sekadar seri 1-1 menentang Selangor FC di laman sendiri.
Bagi penjaga gol Perak, Hafizul Hakim, apa yang dilakukan Selangor menjadi inspirasi buat mereka untuk meraih keputusan positif berdepan JDT.
"Perlawanan Selangor bertemu JDT membantu kami dalam menilai corak permainan yang dipamerkan. Kami yakin mampu melakukan apa yang dibuat Selangor ketika bertemu JDT," kata Hafizul.
Jurulatih JDT, Benjamin Mora, mengakui berdepan tugasan mencabar berdasarkan situasi lawan yang pastinya mahu bangkit daripada kekalahan.
Mora akan melakukan rombakan dalam kesebelasan utama dan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dijangka membuat penampilan sulung bersama pasukan itu musim ini.
"Mereka tewas 3-0 dalam perlawanan sebelum ini dan bakal menjadi ancaman yang lebih besar. Sentiasa sukar berdepan Perak dan kami sentiasa menghormati mana-mana lawan yang perlu kami temui," kata Mora.