Penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, berjaya menghapus 'dosa' lalu apabila cemerlang membantu kemenangan 3-0 ke atas Pahang, kelmarin, untuk memastikan kemaraan The Bos Gaurus ke pentas final Piala FA.
Kelibat Hafizul mencuri tumpuan selepas dibolosi jaringan Herold Goulon dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Darulmakmur, 22 Jun lalu.
Dilabel sebagai punca kekalahan 1-3 pasukannya ketika itu, penjaga gol kebangsaan tersebut menanggung kecaman hebat di laman media sosial.
Namun, dia bangkit menebus kesilapannya itu dengan memastikan gawangnya tidak dibolosi dalam aksi timbal balik di laman sendiri.
"Ini minggu yang sangat sukar buat saya, saya jadi hilang arah. Saya benar-benar diuji.
"Jadi saya banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga dan rakan-rakan yang rapat.
"Alhamdulillah, mereka terus berikan sokongan kepada saya," katanya.
Perak bangkit menundukkan Tok Gajah dengan keputusan agregat 4-3 menerusi jaringan Brendan Gan, J. Partiban dan gol sendiri, Faisal Rosli.
"Kami tidak sangka untuk menang ke atas salah satu pasukan terbaik dalam Malaysia.
"Bukan senang untuk menang seperti ini," katanya.
Kali terakhir Perak bergelar juara adalah pada 2004 ketika menewaskan Terengganu 3-0 disusuli muncul finalis musim berikutnya apabila tunduk kepada Selangor 2-4.