Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Hadi Fayyadh Abdul Razak, mendapat pelepasan pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menjalani percubaan bersama kelab Divisyen 2 Jepun, Roasso Kumamoto, minggu depan.
Hal ini disahkan Pengarah Bersekutu Perhubungan Awam dan Sains Yakult Sdn Bhd, Mazlyn Mena Mustapha, sebaik menerima perkenan Tunku Ismail, hari ini.
"Tunku Ismail telah bersetuju dan membenarkan pemain-pemain muda mendapatkan pengalaman beraksi di luar negara," kata Mazlyn.
Kelibat Hadi mendapat perhatian kejurulatihan kelab Roasso Kumamoto selepas melewati saingan Piala Sanix yang berlangsung di Jepun, Mac lalu, di mana Yakult merupakan penaja skuad B-19 negara.
"Terdapat beberapa kelab lain juga berminat dengan pemain Malaysia dan Yakult akan berusaha untuk memberi peluang untuk berlatih di Jepun," ujarnya.
Selain Hadi, beberapa nama turut berada dalam radar beberapa kelab lain di Jepun, antaranya pertahanan B-19 negara, Shivan Pillay Asokan.