Penyerang Borussia Dortmund, Haaland, dijangka akan menjadi pemain paling diinginkan apabila jendela perpindahan kembali dibuka pada penghujung musim ini.
Pemain berusia 21 tahun itu dilaporkan mempunyai klausa pelepasan dalam kontraknya yang bernilai €75 juta (RM354.36 juta) -- harga yang kelihatan berbaloi berdasarkan kemampuannya menjaringkan gol.
Manchester City dipercayai menjadi pasukan pendahulu dalam perebutan pemain itu sambil Manchester United, Liverpool dan Real Madrid turut dikaitkan.
Gullit tidak yakin United mampu mengatasi pencabar lain dalam perebutan itu, di mana bekas pemain kebangsaan Belanda berkenaan percaya Liverpool merupakan destinasi terbaik untuk bintang muda itu melebarkan kariernya.
"Saya dapat lihat dia akan ke England tetapi saya tidak fikir dia akan ke Manchester United," kata Gullit kepada Bild.
"City akan menjadi pasukan yang baik untuknya kerana terdapat Pep Guardiola tetapi Liverpool juga pilihan yang hebat.
"Apa yang telah Jurgen lakukan di pasukan itu amat luar biasa. Anda perlu mengakuinya dan dia sentiasa bernafsu. Itu amat sesuai untuk Haaland," katanya.
Sejak menyertai Dortmund pada 18 Januari 2020, Haaland telah terlibat dengan 97 gol (80 jaringan dan 17 bantuan gol) daripada 79 penampilan dalam kesemua kejohanan.
29 – Erling Haaland has scored 29 Bundesliga goals in this calendar year equalling the record for the most BL goals by a Dortmund player within a year – only Lothar Emmerich (1966) and Pierre-Emerick Aubameyang (2015) had reached this mark before. Insatiable. #BVBSGF pic.twitter.com/UO8eV0USlQ
— OptaFranz (@OptaFranz) December 15, 2021