Erling Haaland sepatutnya menyertai Arsenal jika dia ingin berpindah ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim panas ini, seloroh rakan sepasukannya di Norway, Martin Odegaard.
Penyerang Borussia Dortmund itu dijangka akan menamatkan perjalanan di Jerman dan berpindah ke kelab baru penghujung musim ini.
Setelah mendapat minat daripada ramai kelab ternama Eropah, penyerang kelahiran Leeds itu dijangka memilih Manchester City sebagai kelab seterusnya.
Tetapi bercakap kepada Stadium Astro, Odegaard -- yang merupakan kapten di pentas antarabangsa dan bermain untuk Gunners -- menyindir dia supaya berpindah ke Stadium Emirates sebaliknya.
"Dia seorang yang kelakar," kata Odegaard. "Dia kawan baik saya dan pemain yang hebat juga. Kita akan lihat apa yang dia akan lakukan. Saya tidak tahu.
"Tetapi, jika dia datang ke England, dia perlu datang sertai Arsenal! Tidak, saya tidak tahu apa yang dia akan lakukan, tetapi dia seorang pemain yang hebat.
"Sejujurnya kami tidak bercakap terlalu banyak mengenainya. Saya tahu dia mempunyai begitu ramai orang yang cuba bertanya kepadanya dan memberitahunya apa yang perlu dilakukan, dan saya tidak mahu berbuat demikian. Jadi, kita perlu menunggu dan lihat."