Erling Haaland akan memberikan ' nilai jangka masa panjang' buat Manchester City jika kelab berusaha mendapatkan pemain itu sebagai pengganti Sergio Aguero, kata Richard Dunne.
City dan Aguero mengesahkan semalam buata penyerang Argentina itu bakal meninggalkan kelab selepas kontraknya tamat penghujung musim ini.
10 tahun yang penuh dengan kejayaan di City selepas berhijrah dari Atletico Madrid menjadi dirinya sebagai penjaring gol terbanyak City dengan 257 gol.
City telah dikaitkan dengan bintang sensasi Borussia Dortmund, Haaland sebelum pengumuman Aguero.
Haaland merupakan penyerang prolifik sejak menandatangani untuk Dortmund pada Januari 2020 dan dilaporkan kini bernilai EURO180 juta dengan seluruh kelab ternama Eropah mahu mendapatkannya.
Walaupun Haaland pemain yang agak mahal, Dunne berasakan ia adalah perpindahan yang berbaloi.
"Sekiranya anda mencari nombor sembilan, seseorang yang akan memperoleh jaringan dan akan menjadi nilai jangka panjang buat kelab, saya rasa Haaland adalah satu-satunya," kata Dunne.
"Dia masih sangat muda, dia jelas terbukti di kelab pertamanya [Salzburg], dan dia telah pindah ke Dortmund.
"Dia hebat dan berjaya menjaringkan gol di Liga Juara-Juara. Dia kelihatan seperti pertaruhan yang baik dari segi siapa yang akan dapat melakukannya dalam jangka masa panjang.
"Dia berumur 21 tahun ini, dia mempunyai banyak tahun di hadapannya. Bagi saya dia kelihatan paling menarik [pengganti berpotensi Aguero].
"City mencipta begitu banyak peluang dan semoga dia dapat peluang untuk menjaringkan banyak gol."

⚫️? Erling Haaland = youngest player in history to score 20 goals in the Champions League ?#UCL pic.twitter.com/IQSQfwDjfH
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) March 9, 2021