Skip to main content

Bola Sepak

Haaland dedah sudah setuju ke Dortmund sebelum Man United kemuka tawaran

haaland.jpg
Erling Haaland sememangnya sudah bersedia untuk menyertai Borussia Dortmund ketika Manchester United mengambil langkah untuk memancingnya.

Dortmund menandatangani Haaland selepas bersetuju untuk memenuhi klausa pelepasannya di Salzburg yang  bernilai €22.5 juta (RM101 j) pada hujung Disember lalu dan pemain berusia 19 tahun itu telah memulakan kariernya di Jerman dengan gemilang apabila telah melakar lapan gol dalam lima penampilan.

Sebilangan besar kelab utama Eropah dikaitkan dengan penyerang itu termasuk The Red Devils yang diterajui bekas pengurus Molde, Ole Gunnar Solskjaer -- tetapi Haaland memberitahu Viasport bahawa dia telah membuat keputusan sebelum tawaran United diumumkan.

"Ole Gunnar sangat penting bagiku berhubung kedudukan saya pada hari ini," katanya.

"Tetapi kami telah memutuskan bahawa Dortmund adalah pilihan terbaik buat saya. Itulah keputusan yang saya rasa paling baik dan Dortmund menjadi pilihan."

Malah, penyerang tinggi lampai itu yang membuat pilihan berkenaan kerana bapanya -- bekas pemain serba boleh Leeds United dan Manchester City, Alf-Inge Haaland -- turut mempertimbangkan pilihan lain.

"Sebaik musim lalu berakhir, ayah dan saya mula berbincang.

"Pada ketika itu dia tidak menyebut Dortmund, lalu saya bertanya kepadanya," Bagaimana pula dengan kelab ini, adakah ia akan menjadi baik? "Kemudian dia berkata, 'kita akan lihatnya kelak'.

"Tiba-tiba Dortmund menjadi salah satu pilihan, itulah yang saya rasakan sepanjang masa.

"Prosesnya cukup sederhana pada akhirnya. Saya dapat bermain bola sepak dan tidak banyak terlibat (dengan urusan rundingan itu) sehingga kempen separuh musim ini berakhir.

"Jadi, saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengannya,. Proses itu adalah mengenai pencarian kelab terbaik buat saya."

Haaland menyuarakan hasratnya untuk berpindah ke Jerman bukanlah didorong oleh faktor wang sambil memuji ejennya, Mino Raiola, atas peranannya melengkapkan perpindahan itu.

"Ia agak melucukan jika saya dilabel sebegitu (tamakkan wang)," katanya.

"Semua orang yang rapat dengan saya tahu bahawa saya bukanlah jenis orang seperti itu, ia benar-benar agak lucu."

Mengenai Raiola, Haaland menambah: "Dia adalah ejen terbaik di dunia atas apa yang dia lakukan, semudah itu.

"Dia menerima banyak tuduhan negatif dan itu mungkin disebabkan dia telah melakukan kerja yang baik untuk pemain.

"Dia telah banyak membantu dan dia seorang lelaki yang baik."

Editor: Shaiful Shamsudin 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found