Josko Gvardiol menjadi dambaan gergasi Eropah dan dia telah melonjakkan lagi nilainya susulan jaringan penyamaan RB Leipzig ketika seri 1-1 dengan Manchester City dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara.
Pertahanan berusia 21 tahun itu memiliki kontrak bersama Leipzig sehingga 2027, namun dia dilaporkan memiliki klausa perlepasan bernilai EURO110 juta (RM516.8j).
Ketua jurulatih Leipzig, Marco Rose, yakin selepas perlawanan awal pagi tadi bahawa Gvardiol akan kekal bersama kelab musim depan.
Liverpool akan mencari peluang untuk meningkatkan pilihan benteng pertahanan dengan usaha mendapatkan Gvardiol, dakwa Fabrizio Romano.
Pemain kebangsaan Croatia itu menjaid sasaran Chelsea dan dia mengekalkan reputasinya ketika saingan Piala Dunia 2022. Dia telah dikaitkan dengan City dan Real Madrid.
Gvardiol sebelum ini menjelaskan mahu menyertai The Reds, memiliki kelab itu selangkah di hadapan dalam perlumbaan untuk mendapatkan tandatangannya.
Chelsea, Liverpool dan Manchester United semuanya memerhatikan situasi Kylian Mbappe di Paris Saint-Germain, dakwa Football Insider. Spekulasi melibatkan Mbappe, yang dikontrak sehingga akhir musim 2024-25, tidak berpuas hati di PSG.
Chelsea berminat untuk mendapatkan pemain tengah Dinamo Moscow, Arsen Zakharyan, 19 tahun, menurut CaughtOffside.
Fichajes berkata Juventus sedang mempertimbangkan untuk menandatangani penyerang Real Betis, Borja Iglesias di tengah-tengah kebimbangan Dusan Vlahovic bakal berhijrah akhir musim ini.
Napoli akan mencabar PSG dalam perlumbaan untuk menandatangani penyerang Eintracht Frankfurt, Randal Kolo Muani, lapor CalcioMercato.
Manchester United merancang untuk mendapatkan dua pemain tengah Leicester City, James Maddison dan Youri Tielemans, menurut Football Transfers.
Raphael Guerreiro bersedia untuk meninggalkan Borussia Dortmund pada penghujung musim ini sebagai ejen bebas, lapor Nicolo Schira.